Assalamualaikum,
Baru-baru ni saya ada jahit satu maxi dress yang kononnya nak dipakai masa majlis perkahwinan kawan tapi malangnya ada hal yang tak dapat saya elakkan maka saya tak dapat nak hadirkan diri ke majlis tersebut -__-
Maxi dress tu simple je. Ala-ala empire cut. Memula tu memang kosong sangatlah baju tu pastu saya decide untuk letak lace kat bahagian upper waistline dan tangan. Dah siap dah semua tapi nak dijadikan cerita kat bahagian tangan tu saya tersalah potong (kot?) jadi tak cukup. Sebab frust lah (konon) saya cabut lace kat bahagian tangan tu. Pastu fikir punya fikir tinggg keluar lampu mentol kat atas kepala saya pun buatlah lengan cuff. Tak pandai pun tapi bedal jelah dgn penuh konfiden :D
 |
| Mula-mula kita cabut lace yang dijahit kat tangan tu. |
 |
| Lepas tu gunting ikut berapa tinggi cuff yang kita nak tu nanti. Make sure sama kiri dan kanan. |
 |
| Potong ikut saiz pergelangan tangan kita. Lebihkan 1/2 inci atau 3/4 inci untuk setiap bahagian sebagai basi jahitan. |
 |
| Untuk keraskan cuff, iron kertas gam pada permukaan kain yang terbalik. |
 |
| Cantumkan kain. Pastikan bahagian kain yang betul face each other. |
 |
| Jahitkan bahagian pergelangan kain. (bahagian ni saya ikut buku) |
 |
| Guntingkan bahagian yang nak dilipat supaya tak menggelembung nanti. |
 |
| Hasil selepas dijahit pada bahagian tangan yang dah dikedutkan. |
 |
| Letakkan butang dan tambahlah manik-manik untuk cantikkan dia. |
 |
| Inilah dia rupanya bila dah siap! |
P/s: Saya buat ni mengikut kefahaman & logik akal saya. Kalau anda ada cara yang lebih mudah bolehlah share ^_^ TQ!
No comments:
Post a Comment