Tuesday, 14 January 2014

Belajar jahit tangan cuff

Assalamualaikum,

Baru-baru ni saya ada jahit satu maxi dress yang kononnya nak dipakai masa majlis perkahwinan kawan tapi malangnya ada hal yang tak dapat saya elakkan maka saya tak dapat nak hadirkan diri ke majlis tersebut -__-

Maxi dress tu simple je. Ala-ala empire cut. Memula tu memang kosong sangatlah baju tu pastu saya decide untuk letak lace kat bahagian upper waistline dan tangan. Dah siap dah semua tapi nak dijadikan cerita kat bahagian tangan tu saya tersalah potong (kot?) jadi tak cukup. Sebab frust lah (konon) saya cabut lace kat bahagian tangan tu. Pastu fikir punya fikir  tinggg keluar lampu mentol kat atas kepala saya pun buatlah lengan cuff. Tak pandai pun tapi bedal jelah dgn penuh konfiden :D



Mula-mula kita cabut lace yang dijahit kat tangan tu.

Lepas tu gunting ikut berapa tinggi cuff yang kita nak tu nanti. Make sure sama kiri dan kanan.

Potong ikut saiz pergelangan tangan kita. Lebihkan 1/2 inci atau 3/4 inci  untuk setiap bahagian sebagai basi jahitan.

Untuk keraskan cuff, iron kertas gam pada permukaan kain yang terbalik.

Cantumkan kain. Pastikan bahagian kain yang betul face each other.

Jahitkan bahagian pergelangan kain. (bahagian ni saya ikut buku)

Guntingkan bahagian yang nak dilipat supaya tak menggelembung nanti.

Hasil selepas dijahit pada bahagian tangan yang dah dikedutkan.

Letakkan butang dan tambahlah manik-manik untuk cantikkan dia.

Inilah dia rupanya bila dah siap!

P/s: Saya buat ni mengikut kefahaman & logik akal saya. Kalau anda ada cara yang lebih mudah bolehlah share ^_^ TQ!

Sunday, 12 January 2014

Anak kucing sakit -____-

Assalamualaikum semua,

Tengahari tadi saya klinik haiwan nak belikan ubat untuk anak kucing saya yang berusia hampir 2 bulan. Risau sangat sebab dia asyik muntah je tak berhenti sejak malam tadi. Yang buat ketara sangat tu lepas saya bagi dia minum susu. Masa minum tu okey je, lepas tu terus dia terjun dari kerusi termuntah-muntah sampailah ke pagi tadi. Haihh ini tak boleh jadi ni. :3

Sampai di klinik tu saya terus tanya (tak sempat bagi salam) kenapa eh kucing saya jadi macam tu.  Vet tu rileks je tanya saya ada bagi vitamin? Hihi mesti dah ramai yang jadi macam saya ni. Saya je yang gelabah tak tentu arah. Keh keh keh...
Saya jawab tak sebab tak ada dalam stok. Beliau cakap sekarang memang tengah musim virus sampar (saya pun first time dengar sebenarnya). Sebagai langkah pencegahan vet tu bagi antiobiotik & vitamin bulu. Vitamin bulu ni macam minyak ikan lah lebih kurang. Pastu beliau pesan kena bagi kat ibu kucing jugak vitamin ni kemudian lepas 2-3 hari bagi ubat cacing pulak. Tapi kat anak kucing tu jangan bagi ubat cacing tau! Kalau kucing tengah sakit jangan sekali-kali suap ubat cacing. Saya pun lupa nak tanya lebih-lebih sebab apa. Sebab lepas bayar terus zass nak balik.

Oh sebagai peringatan macam manusia jugak, antibiotik yg tak sedap tu harus dihabiskan. In sha Allah tak ada apa-apa... :)



1. Vitamin bulu (minyak ikan) - 1 drop
2. Antibiotik - Ibu: 1ml / Anak: 0.5ml
2 kali sehari

Transfer factor ni bagi saya harus ada bagi setiap rumah. Highly recommended okeh!
Saya dapatkan daripada Zul Azizi Boarding Pets. Boleh dapatkan daripada FB page mereka 
https://www.facebook.com/zulazizi.boardingpets?fref=ts


P/s: Kalau kucing anda mengalami simptom yang sama jangan teragak-agak untuk bawa mereka ke klinik dengan kadar segera! Peace :D

Saturday, 11 January 2014

Ingat lagi tak?

Assalamualaikum semua,

Macam trend pulak kan tiap-tiap hujung tahun ataupun lepas habis exam SPM semua macam berlumba-lumba nak ambik lesen kereta atau motor.

Orang dah habis sekolah, malulah kalau mak lagi yang hantar pegi memana..!

ataupun

Kereta banyak-banyak kat rumah tu takkan nak tengok je? Dia (merujuk kpd kereta) yang mintak suh bawak...

Hamboi, hamboi kalau itulah jawapan saya kalau ayah tanya kenapa nak ambik lesen mau kena hempok 15 kali hihi.

Tapi biarlah semuanya dengan izin ibu bapa ye kawan-kawan. Tengok kemampuan dan keperluan. Jangan pula sebab kawan ada lesen maka korang pun wajib ada lesen. Nak buat apa-apa minta restu mereka dulu.

Alhamdulillah saya ambil lesen sebab mak ayah yang suruh. Untuk kemudahan masa depan kata mereka. Betul cakap mak ayah tu. Yelah bila dah ada lesen kereta, kalau travel pergi memana at least bolehlah tukar-tukar driver kan. Tak adalah harap ayah je bawak beribu batu tu. Penat wehhh bawak sorang baru sekarang dapat rasa apa yang ayah rasa. Dulu-dulu tau naik kereta je pastu kena aircond sikit dah berkerohhhh kat belakang. Pastu tau-tau je dah sampai destinasi. Haha tak senonoh betul :D

Teringat masa saya ambik lesen dulu mana ada macam sekarang ujian berkomputer ni. Semua ujian bertulis macam kat sekolah. Alamak kantoi!!! Mesti uolls bleh hagaklah saya hidup zaman bila kan haha...tak kisahlah. Saya dapat markah 46 per 50. Fuhh perasaan macam dapat 10A dlm SPM je. Saya yakin mak saya bangga ketika itu *haha takda maknanye*

Tapi sekarang semua dah lain. Sekarang ujian berkomputer. Kalau nak jawab tiap-tiap soalan pun ikut masa yang ditetapkan. Tapi kalau study buku yang kelas memandu tu bagi memang no problem punyo. Yang tak pernah sentuh buku tu yang biasanya problem nak menjawab sebab ada soalan yang korang tak boleh nak main belasah je kan. Maka suka saya tekankan di sini, nak lulus ujian bacalah buku ye... Peace!

Good night ^___^

Thursday, 9 January 2014

Ayam Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum,

2 hari lepas saya buat ayam masak lemak cili api. Woot woot.

Laaa itu je pun kecoh sangat, celah gigi je!

Memanglah celah gigi bagi korang yang terel masak. Bagi saya yang memang 'masak' lah kalau disuruh bergulai ni kira bangga sangatlah kalau masakan tu menjadi kan.

Maka dengan itu saya dengan pandainya terus menggoogle resipi ini. Lalu terjumpalah satu blog yang gambar masakannya amat mencolok mataku ini (haa sudah, apakah?). Hihi gambarnya sangat menarik tertarik kau memang d bomb. Tak caya meh visit kat sini:
http://jajazack.blogspot.com/2012/07/resipi-ayam-masak-lemak-cili-api.html

Jangan tengok je, cubalah sekali sebab memang menjadi sambil dipuji melambung-lambung punya..haha melambung² tu tipu la tu..tapi yang pasti dipujilah. Allah nak jugak kena puji tu! *tepuk dahi*

Hasilnya...

Bahan yang perlu dikisar - Bawang, halia, kunyit hidup & cili api.
(cili api tu kalau suka pedas silalah letak lebih)

Tunggu ayam masak. Dah siap tu bolehlah dihidang & makan dengan nasi panas.
Punyela mencekik sampai lupa nak snap gambar! Kihkih

Pucat je kan? Tak apa janji sedap :D

Jom jahit blouse part 2

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan daripada entri yang sebelum ni, inilah hasil jahitan blouse yang simple dan sudah siap dijahit. Kalau sebelum ni saya share yang dah siap je kan tapi kali ni anda sangat bertuah sebab saya terlebih rajin untuk snap gambar bermula dari pola sampai habis. Agak-agak ada tak yang teruja nak belajar menjahit macam saya ni? Serius seronok bila dah tau basic semua, rasa nak menjahit je hari-hari. Pendek kata segala benda nak dijahitnya :D


Inilah dia kain yang dah selamat menjadi baju...
Sebab masih terkial-kial lagi, so kenalah mulakan dengan melukis pola.

1. Pola untuk tangan

 2. Pola baju bahagian depan

3. Pola baju bahagian belakang (jgn lupa pulak...)

4. Siap jahit tepi
Dah nampak kan sikit-sikit rupa baju di situ :)

5. Dalam proses mencantum bahagian yang perlu dicantum

6. Yeayy dah siap bajunya!!!

7. Bahagian tangan saya jahitkan invisible zip untuk kemudahan berwudhuk.

Ok bye. Terima kasih!

Wednesday, 8 January 2014

Premium Wood Animal Bedding

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Pada 18-22 Disember 2013 baru ni saya dan keluarga berkesempatanlah pegi ke
Factory Outlet Carnival ke-2 yg diadakan di Menara Matrade, Jalan Duta.

Memang banyaklah atucara kat sana mcm pertandingan gusti lengan, pameran motorbike, giant snake & ladder boardgame dan yg dah tentu² penyebab saya menjejakkan kaki di sana adalah Pertandingan & Pameran Kucing Antarabangsa. Punyelah excited sampai tak hingat langsung nak snap satu dua gambor pemandangan di sitew..adehla.. :3

Tapi yg saya nak ceritakan kat sini ialah apa yg saya jumpa kat situ..bukan artis atau golongan bangsawan tapi barangan utk kucing je..hehe..bendanya ialah.....Premium Bedding Litter.
Penah dengar tak? Ke ada yg dah guna pun, saya je yg ketinggalan zaman tsk tsk...

Dari penjelasan penjual tu mmg menarikla benda ni sbb bedding ni berasaskan 100% natural product, biodegradable (selamat untuk alam sekitar) berbentuk pellets dan dibuat dari kayu pine yg lembut. Biasanya orang guna untuk diletakkan di kandang kuda tapi sekarang boleh jugak digunakan dalam litter box untuk kucing. Jadi saya pun belilah satu beg 8kg atau bersamaan dgn 13.12 liter.

Kucing saya pun makin rajin buang air besar/kecik dalam bediding pellets ni. Lagi satu yg bagusnya produk ni dia tak berulat tau kalau lambat salin..hehe nampak tak sifat yg tak berapa bagus tu? Oh no, no, no! Jgn tiru ye :D


Macam inilah bedding pellets yg saya maksudkan tu (gambar ihsan dari Google)

Berbentuk pellets


Dan inilah bedding pellets untuk kucing saya (gambar peribadi)



 Kepada peminat-peminat kucing bolehlah cuba produk ni ^_^
Sekian!

Jom jahit blouse

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak share hasil jahitan yg tak seberapa tapi bolehla nak pakai hari².
Sangat senang nak buat bila dah paham konsep dia. Nak ajar tak gheti pulak sebab saya pun masih belajor lagi (ni la dia dari dulu mak suh gi belajar menjahit takmo, sekarang baru nak terhegeh² belajar)

Best rupenya menjahit ni tau sebab bila dah tau konsep kan macam² kita nak try pastu suka hati kita la nak buat mcm mana pun..nak baju kurung senget sebelah ke, kebaya belah belakang ke...ha lantak sebab kita yg jahit kan. Yela sebelum ni kalau mintak tukang jahit buatkan pastu tak kena dgn selera mula la nak hangin kan..dah cukupla dengan drama iteww..makanya jahitlah baju sendiri!

Inilah hasil dari kegigihan beberapa minggu lepas...
Hasil 1: Pleasant blouse (versi tak seberapa)


dalam google dia tulis 'Pleasant Blouse' tapi hmm...lebih kurangla kot


 tangan tu saya jahit getah...tangan cekiq (betul ke tak ejaan tu) mak saya cakap


 bahagian sisi blouse tu saya buat ala² pleated gitu


Hasil 2, 3, 4 dan seterusnya akan saya kongsikan di masa akan datang sebab masih dalam proses..tehehee...
Terima kasih!

Monday, 6 January 2014

Ayam Goreng Halia Madu

Assalamualaikum...

Nak masak apa malam ni?
Adik saya request nak makan ayam goreng halia. So...dgn sepantas kilat saya pun ketak ketung ketak ketuk la di dapur utk menyediakan ayam goreng halia yg dlm fikiran saya sedapla kan hehehe.

Walaupun dah tau masak resipi ni tapi tangan tu tetap jugak gatal nak google. Acekununnya nak mempelbagaikan la cara masakan tapi malangnya nak masak canggih-canggih sgt bahan pulak tak cukup. Last-last saya ikut resipi yg saya ambil daripada PENSIL IMAN. Resipi dia sgt simple tapi terbukti sodappp. Thanks! :D


http://imandidapur.blogspot.com/2011/07/ayam-goreng-halia-bermadu.html

Bahan-bahan:
Ayam – di hiris kecil. Cuci dan toskan.
Madu- satu sudu
Gaul ayam bersama garam dan sedikit kunyit dan madu

Bawang besar- di potong bulat
Cili padi – 5 tangkai di belah dua *tapi saya guna 1 je sbb adik tak mkn pedas*
Halia – di hiris nipis-nipis.




Ayam yg siap digaul dengan garam, kunyit & madu. Sedia untuk digoreng.



Taraaa...! 
Dah siap pun. Mcm ayam bakar pulak rupa dia. Hee :)

Sunday, 5 January 2014

Terjebak juga akhirnya!


Assalamualaikum semua,

Kenapa eh kita mesti akan rasa susah bila nak mulakan sesuatu yang baru? Sigh...

Kesian betul kat saya ni baru nak start berblogging sedangkan dah lama berangan tapi taakk jugak start... Sebabnya tak pandai sebenarnya dengan kaedah blog ni ahakss. Dengan nak cari layout, buat header pastu nak cari atau tambah trafik, ads semua-semualah. Tapi nak kata buta IT, cerah sikitlah dari tak ada langsung kan hee.

Oleh itu buat masa ni memang agak ssedihh la sikit blog saya ni. Hopefully lepas ni semuanya akan bertambah baik in sha Allah dengan harapan kali ni saya akan betul-betul serius dan fokus.Wooot!

Take care ^_^