Pada 18-22 Disember 2013 baru ni saya dan keluarga berkesempatanlah pegi ke
Factory Outlet Carnival ke-2 yg diadakan di Menara Matrade, Jalan Duta.
Memang banyaklah atucara kat sana mcm pertandingan gusti lengan, pameran motorbike, giant snake & ladder boardgame dan yg dah tentu² penyebab saya menjejakkan kaki di sana adalah Pertandingan & Pameran Kucing Antarabangsa. Punyelah excited sampai tak hingat langsung nak snap satu dua gambor pemandangan di sitew..adehla.. :3
Tapi yg saya nak ceritakan kat sini ialah apa yg saya jumpa kat situ..bukan artis atau golongan bangsawan tapi barangan utk kucing je..hehe..bendanya ialah.....Premium Bedding Litter.
Penah dengar tak? Ke ada yg dah guna pun, saya je yg ketinggalan zaman tsk tsk...
Dari penjelasan penjual tu mmg menarikla benda ni sbb bedding ni berasaskan 100% natural product, biodegradable (selamat untuk alam sekitar) berbentuk pellets dan dibuat dari kayu pine yg lembut. Biasanya orang guna untuk diletakkan di kandang kuda tapi sekarang boleh jugak digunakan dalam litter box untuk kucing. Jadi saya pun belilah satu beg 8kg atau bersamaan dgn 13.12 liter.
Kucing saya pun makin rajin buang air besar/kecik dalam bediding pellets ni. Lagi satu yg bagusnya produk ni dia tak berulat tau kalau lambat salin..hehe nampak tak sifat yg tak berapa bagus tu? Oh no, no, no! Jgn tiru ye :D
Macam inilah bedding pellets yg saya maksudkan tu (gambar ihsan dari Google)
Berbentuk pellets
Dan inilah bedding pellets untuk kucing saya (gambar peribadi)
Kepada peminat-peminat kucing bolehlah cuba produk ni ^_^
Sekian!




No comments:
Post a Comment